::welcome::

~a little notes to those who visit this blog~

1) this blog suitable to view by using Mozilla Firefox/chrome.. if you are using IE.. you will see this blog with very big font.. =)

2) syaz baru meng*edit* blog.. tukar layout etc.. sorry sbb nampak serabut.. nanti nk edit balik.. in the mean time.. this blog nampak a lil bit messy skit.. sorry viewers.. will restore this problem asap.. sorry for any inconvenience cause.. *eceeecee* ;p

truly.madly.deeply,
syaz

Dec 3, 2010

:mereka adalah...:

mereka adalah penyeri majlis anda.. 
* selain tetamu yang dtg*
mereka adalah peneman anda ketika majlis..
*selain suami disebelah nanti* ;p
mereka adalah insan yang paling dekat dgn anda ketika majlis.. 
*selain keluarga & saudara mara*
mereka adalah insan istemewa yang memperhatikan segala kekurangan diri anda ketika majlis 
*selain maid of honor*
mereka adalah org yg sudi mengorbankan diri mereka ikut anda kemana shj anda pergi ketika majlis 
* selain OP & OV*
tp siapakah mereka..
mereka adalah b.r.i.d.e.s.m.a.i.d anda..
harus diberi pujian untuk mereka okeyh..
maka haruslah juga mereka berpakaian menarik bersesuaian dgn majlis agar org tahu & org kenal..
mereka adalah b.r.i.d.e.s.m.a.i.d anda.. =)

kalau syaz.. nk pilih baju utk bridesmaid..
i will go for chiffon..
it can be one tone or two tone.. tp jgn sgt byk tone...nanti jd ton ton ;p
and the reason syaz pilih chiffon..
chiffon x panas..
meh lihat sikit bl chiffon menjadi baju..

:for them yg choose utk mengekalkan tradisi:

images credit to: hatta dolmat

:for them yg choose utk konsep islamic:
image credit to: hatta dolmat

:for them yg mahukan kelainan:
*nicekan? dh tau dh nk buat aper ngan kain chiffon yg belum potong itu.. =)*
image credit to: g0Ogle & nazjunaid

:blh juga dijadikan sebagai baju utk si kecil aka flower girl:
*haaiisshh.. baru jumpa pics ni.. baju flower girl dh tempah.. kalau x mesti cantik si kecils sumer.. xper.. xder rezeki utk si kecils..:(*

images from gO0gle! soo seewwiitt.. ;p

where to get these chiffon?
pergi serbu Nagoya or Jakel..
chiffon nagoya: RM5/meter (two tone & one tone) :D
but sadly to said kt nagoya jln TAR masa syaz pergi chiffon two tone xbyk choice..
chiffon jakel: RM 8.60/meter..(two tone) mintak RM8 kat SA tu ehh.. confirm blh.. ;p

dr segi pemilihan color..
adalah bagus sekiranya tahu dl kain color apa yg korang akan pakai..
dh tahu color & kain.. 
bwk cebisan or full kain utk dimatchkan dgn kain baju korang.. =)
jgn takut utk pilih warna yg terang.. sbb mereka adalah penyeri majlis..
yg pasti.. pasti menarik dlm gambar..
*gambar yg ko pentingkan ehh syaz?*

okeyh.. itu jer lar kot psl chiffon... ;p

selain dari chiffon blh aja pilih jenis kain lain..
tp itu update kemudian ehh.. llalalalaa

Nov 30, 2010

Jemputan ke *Majlis Raikan Cinta*

*sticky entry till 30th November 2010*



Alhamdulillah.. Di sini dengan rasa rendah diri.. saya ingin menjemput semua rakan2 blogger untuk hadir ke *Majlis Raikan Cinta kami* pada 18/12/2010 & 25/12/2010 bertempat di Kuala Lumpur dan juga di Pulau Pinang.

Sebagai menghormati rakan2 semua, saya menjemput sesiapa sahaja yang mengenali diri saya untuk hadir ke majlis ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan majlis kami, boleh layari laman web http://syaibaniandsyazana.weddingkami.com / http://syaibaniandsyazana.ourwedding.com

Bagi sesiapa yang inginkan kad jemputan kami yang sebenar / E-card kami, diharapkan agar saudara & saudari dapat memberikan alamat tempat tinggal saudara/saudari yang terkini bagi memudahkan proses perutusan. Cara2 untuk memberikan alamat:

2)    Click pada *Events*
3)    Pilih majlis yg ingin dihadiri
4)    Click tab *RSVP* dan masukkan details anda seperti dibwh. Kemudian tekan *Submit*

Nota: E-card akan dihantar melalui system email, manakala kad kahwin akan dihantar melalui pos.. =)

Diharapkan dengan kehadiran saudara/saudari sekalian akan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih..

p/s: Kepada yang melawat laman web http://syaibaniandsyazana.weddingkami.com / http://syaibaniandsyazana.ourwedding.com , jangan lupa untuk tuliskan sedikit ucapan buat kami di *Guestbook* ya!

truly.madly.deeply,
:saya bakal puan syaz: =) 

Nov 29, 2010

*.h.e.a.r.t.*.t.h.e.*d.a.i.s*

hey si gadis yang manja..
aku telah jatuh cinta..

yaaa.. saya sudah jatuh cinta..
jatuh cinta dgn pelamin ini..

*image from nizam zafri blog*

mula2 sekali tgk pelamin ala2 gini..
during sabby's wedding..
yupp.. time i tgk her dais..
i sgt2 sookkaaa.. x tipu..



*[pics] credits to: daniel zain & thanks to sabby*

cantik kann? kann? kann? 
*silaa drooling pls*
if i'm not mistaken.. sabby's dais adalah hasil kreatif from nas great idea (NGI) ^_^
since then.. i idamkan pelamin itu.. 
tp almaklumlah.. pelamin begini mmg perlukan budget yg besar..
so i biarkan idaman hati itu biar tersemat dlm hati shj..
takut utk meluahkan.. sedihh kaannn?

kemudian.. pergi plk ke wedding fair kt jakarta.. JIWF {entry trip to jakarta}
tgk aje lar deco2 itu..
lagi buat hati i meraung2.. mahu tp malu budget xcukop.. :((
juntaian kristal & bunga.. cantik okeeyyh!
in real mmg chantik.. tp disbbkan snap pakai phone camera ajo..
jd lor gambar2 dibwh.. ;p


*masih mampu tersenyum.. dlm hati siapa yg tahu..;p*

pastu teringat blk time pergi Malay Wedding Fair kt mv..
jatuh cinta lagi.. lagi2 ku jatuh cintaa.. =)
soookaaa.. dgn idea kreatip dari dicky..
syaz ader amik pics tp disebbkan phone rosak..
phone tu plk nan ado memory card..
so..tinggal kenangan je loor..
google-ing here & there..
jumpa daleela's blog..

pics credit to daleela.. =)

saaanntteeekkk sgt2.. juntaian kristal itu buat the dais nampakk...
wwwwwaaaaaahhhh.. drooling lagik.. ^_^

kalau dikira.. bila di+ di- di÷ dan di*..
dan bila dipikir2 balik..
xperlu membazir kot...
lagipun kami mahukan wedding yang simple..
tidak perlu berlebihan.. lepas kahwin lagi byk duit nk pakai..
cukup sekadar kami ingat itu adalah hari berbahagia kami..
dan kami raikan dengan sahabat & keluarga tersayang..
so syaz sematkan biarlah ianya hanya impian & idaman..
*ayat sedih dr syaz* jgn nangiss eehh

kita hanya mampu merancang..
tp yg menentukan adalah Dia..
kita merancang.. Dia merancang..
dan ketika ini..
syaz bersyukur sgt2..
sbb syaz bertemu ngan seseorg yg blh melaksanakan dais impian & idaman syaz..
yuupp.. syukur sgt2.. am so happy..
yang pasti.. within our budget.. =)
syaz x sabar nk melihat hasil dari dia..
dh bincang itu ini..
insyaAllah dais impian hati akan berada dihadapan mata nanti..
mine nanti xder lar semeriah dais2 yg ditunjukkan di atas tu..
cukup sekadar sedap mata memandang.. *.i.n.d.a.h.*
just imagine.. bunga & kristal riben bergabung menjadi satu..
*wink*wink*

lagu ini buat mereka yang akan dtg ke majlis *Raikan Cinta*...
**
hey si gadis yang manis..
senyum dibibir terlukis..
hey si gadis yang ayu..
19 hari lagi kita bertemu..
**

haaaaa.. 19 hari lagi..
nebes + cuak sehhh.. O_O

19 days to be his mRs, 
*s.y.a.z*

nota: segala entry berkenaan 1712:Wedding Project akan diceritakan selepas wedding day.. maaf yer.. i'm a little bit busy.. i'm race against time..huuuhh *sigh* in the mood counting the hours to be his mRs.. xmo count the days! ini yg last syaz kira days.. ;p nebes! T_T

Nov 18, 2010

1712:Wedding project IV

*harap maaf di atas kelewatan menerbitkan entry berkenaan wedding project yaa..*

okeyhh sebelum ke tajuk utama.. 
syaz nk main lompat2 japs.. hehe.. *lompat entry* blh yaa.. 
syaz akan trus lompat ker 1712:Wedding Project IV.. =) 
*ada masalah teknikal kt 1712:Wedding Project I*
itu yg terpaksa jump2..lompat2 tu... 
ampuunnn... 

okeyh berbalik ke topik asal...

Tajuk utama:debunga emas

*haaaa...amik ko sekali shinninnngg abis.. sajer amik dgn flash.. :D*

Syaz namakn debunga emas sbb mmg penuh ngan tema emas project kali ini.. :D 
lagipun bl pegang je bunga2 n daun2 tu mesti melekat debu2 emas kt jari.. :)
mula2 tgk these things ngan mama.. Teramat sgt2 excited.. ^_^
Mana idak nyer.. Kena ngan our wedding theme kot.. :p g.o.l.d
Mau tau maner syaz n mama dpt? SSF everyone.. :)


Tp apenye yg syaz buat dgn benda alah ni ehh?
mula2 hajat xnk bg sneak peak..  
sbb nk bg surprise.. 
project yg hanya boleh dilihat during our wedding day.. 
tp disebabkan rasa bersalah sbb lambat sehari masukkan entry utk wedding project.. 
syaz bg lar intai2 sikit.. sikit jer ehh.. 
sbb nanti takot x surprise dh bl tyme kenduri.. :)

meh intai sikit.. ;p
*rs2 dpt agak x aper ke benda nyer ni ehh?*

k lar.. nk sambung buat keje.. 

daaaa..
:syaz:

Nov 15, 2010

The Wedding Project

{Kod Project :1712}

The wedding project adalah satu project yg dijalankan oleh pihak keluarga pengantin.. Dari pengantin, parents pengantin dan adik-beradik pengantin sendiri.

Ianya pada asalnya hanyalah satu idea dan telah dilaksanakan oleh pihak yg terlibat. Perlaksanaan project2 ini byk melibatkan dan lebih cenderung ke arah project do-it-yourself atau dikenali dalam erti kata lain DIY.

Project ini dijalankan bg merialisasikan impian pengantin sekeluarga bagi majlis perkahwinan yg akan diadakan pada 17,18 & 25 Disember 2010.

Nantikan entry2 berkenaan 1712:Wedding Project ye..

Sekian terima kasih..

Nota kaki: *Giller skema ayat aku!* muahahaha..
Ooohh lupa nk ckp.. First entry akan bermula pada 171110.. InsyaAllah.. :) doakan segala2nya berjalan seperti yg dirancang..

Nov 11, 2010

of shoe shoes shhoooeess

~hie peeps~

hari ni nk update psl kasut..
blh? xblh? *boleh kan aja*
sbb syaz sookkaa kasut.. owwhh myy.. sokkaa sgt2!
sampai bl mama kemas rak kasut..
kasut syaz yg plg manyak.. ;p
dan juga..utk wedding day nanti..
syaz tempah kasut..
yess.. syaz dh buat kasut.. yyeeaaayyy!
*yupp.. dh buat.. next week siap & blh amik*
nota: dibuat mmg khas ikut keselesaan kaki saya yer kwn2..
kasut utk dipakai ketika majlis *renjis-renjis dipilis*
sbb syaz xmo pakai kasut biasa yg akan mak andam bg..
*demand ko syaz..hahaha..peduli apa.. aku yg nk kawin ;p*

syaz bg sneak peak sikit ehh..

[dari segi color]
minat ngan color ini....
mmg ler.. mau x minat..
dh tema mmg color ini kot.. muahahaha..

[dari segi design]
i adore ngan this type of shoes..
saya mahukan platform.. 
tp xderlar platform yg melampau.. ;p

yup...it's from *jimmy choo* babeyh! 
berangan diva laa kan kalau nk pakai kasut jimmy choo..
harga jgn ckp ar kan..
mau berbulan nk jahit balik pocket nanti.. hahaha

tp syaz mahukan yg bertutup di belakang..
xmo tali2.. sbb kasut bertali utk majlis *ketika akad dilafazkan*
so terserempak... ceeehhhh blh plk terserempak.. gedix x?
terpana dgn design from *christian louboutin*

sila ssoookkkaaa! okeeeyyhh!
so dh dpt dh designnya.. 
platform shoes.. :))
tp x tggi mana pun..
3" ajo..
tp kalau tggi pun no problemo..
mister fiancé saya tinggi.. ;p

juga minat ngan design kasut *rosa clara*




[dari segi texture]
syaz xmo satin.. 
syaz mau something selain dari satin..
jenis kulit yg lembut sedikit..
sbb bl satin mcm cepat kotor..
itu pendapat syaz.. xtau lar pendapat org lain.. ~ngeee

so syaz pilih something yg kearah kulit..
idokler mcm snake skin ni haaaa...
teman pun takot nk pakai kalau gitu..
geeeeellliiii.... ;p



[dari segi deco]
syaz akan tambahkan imej2 glitter..
ala2 ilham dari kasut *jean-michel cazabat*


dan sedikit pemanis..
bagi memeriahkan lagi kasut itu..
tp x meriah mana.. sbb sudah ada itu glitter2...
so juz a lil tiny pemanis..;p



[final product]
nanti syaz tunjukkan...

till then..
cepat cari kasut idaman anda... :))

oowwh..
syaz mahu selitkan sedikit nota utk bakal husband..
♥sayang, happy 87th monthliversary..♥

okeyhh..peace u'olls!
 ~:syaz:~

Nov 10, 2010

shud i call it.. aper ya?

yaaaaa.. apa ya?
rujuk gambar dr goOle-ing dibwh..
pastinya benda utk tetamu tulis sedikit nota utk perantin (meja putih) & abadikan kenangan (photobooth hitam)..


syaz ada manyak idea utk benda alah guest ni & photobooth ini.. 
byk sgt2.. sampai nk buat sumernya.. *soorryy.. nanti ada masa share lagik!*
tp sumer kn berbalik kepada keseswaian n $$$ *as usual*

tgh berpikir2..
apakah cara yg seswai utk tetamu yg hadir menulis sedikit dua kata kepada raja & ratu sehari..
kalau blh.. syaz mahukan cara yg mudah..
cara yg tidak menyusahkan tetamu utk menulis nota buat kami..

first sekali dlm pemikiran syaz adalah guest-book..  

pemikiran syaz bgtau: kalau tetamu dtg dlm keadaan beramai2.. mereka kn ikut turn utk tulis.. ;p tp penyediaan barang mudah.. hanya buku & pen color shj.. deco:mudah jgk.. :D a vase penuh ngan bunga sudah cukup.. :)

second dlm my thought is guest-signatures

my thought bgtau: its so easy peasy.. mudah.. sekali blh dua tetamu yg sign *kn sediakan 2btg marker pen* kekurangan.. kalau tetiba ramai plk yg sign.. dh penuh.. kan x best.. ada yg x dpt sign.. xmo kot.. :((

third dlm kepala otak is guest-notes..



kepala otak syaz bgtau: gud idea.. senang.. mudah.. easy peasy.. atas meja nanti ada byk notes.. tetamu blh tulis 10 org dlm satu masa.. then tempek or dlm erti kata lain.. tempek or gantung di tempat yg disediakan.. nantikan entry khas [project papa saya].. yeeee... lucky syaz! papa sanggup tolong utk mereliasasikan idea ini! hahahah

owhhh.. syaz mungkin akan buat DIY photobooth..
nk pakai polaroid.. den x mampu nk membelinya..
hasil perbincangan ngan mister finance fiancé telah menyebabkan syaz berpikir2 blk.. ;p
melainkan kalau ada org nk bg pinjam/sewa polaroid or bg hadiah to syaz.. *adaker? jgn berangan syaz!*
mungkin akan meminta tolong kepada cuzen2 utk tangkap gambar..
pakai camera biasa.. mengunakan props yg disediakan..
then akan diupload utk tatapan umum di *blog* & *fb* & *our wedding website*..

eerrmmm...mcm menarik.. *tetibe ada idea terlintas* 

mungkin ada hadiah utk gambar terbaik.. siapa tahu kan?? 

psstt.. nk share sikit.. ;p
pagi2 lagi mister fiance dh buat syaz tersenyum..
he forward to me the reservation for our 1st horny-moon.. :D
perasaan: sookkaaa.. s.e.x.c.i.t.e.d..! hahahahaha.. 

truly.madly.deeply,
~:syaz:~

Nov 9, 2010

:air asia: free seats :)

morning peeps..!

sihat? 
owhh sudah lama tidak terusik blog ini..
byk benda utk disettlekan..
byk benda nk dibuat.. 

xnk byk cakap tulis..
hurrrryy2.. 
for b2b yg bakal2 berkahwin..
sila plan ur hornymoon bersama bakal husband terchenta..
sbb..
air asia is having *free seats* promo!
yupp.. *free seats*.. x rugi ooooo..


travel period: 
1st July 2011 - 10th November 2011

mine already booked from last year..
muraaahh okeyh.. just bayar tax sahaja.. ^_^
sapa yg xnk kan???
harusss cepat.. ;p
sbb masa syaz try masuk ni pun..
asyik error..
agaknya org tgh berpusu2 kot..

owhhh.. syaz sedikit rajin today..
lihatlar.. byk lagi seats availability...


jom terbang yyuukkk...
~:syaz:~

Nov 1, 2010

baru ku tahu..perihal kad kahwin

herloo gorgeous!

this time syaz nk share psl sedikit tips yg syaz tau psl wedding card..
bl sebut psl kahwin.. kad jemputan adalah satu benda penting dlm checklist.. 
*sapa setuju angkat kening pls ;)*
okkeyh.. al-kisah benda alah ni syaz tau masa syaz nk tempah our wedding card xlama dolu..
itupun bl owner vendor card kahwin kami itu bercerita dgn lebih lanjut.. 
tp x pasti lar plk syaz btl ker x aper yg dia citer nie..
tp blh kot dijadikan panduan ketika korang menempah kad kahwin nanti.. :)
syaz akan cerita based on :jenis card:, :card finishing: dan :proses cetakan: ^_*


{Jenis Card}
okeyh yg ini ramai sudah sedia maklum.. ader dua jenis card..

card biasa.. seperti card kertas biasa.. yg jenis lipat dua atau lipat tiga.. material biasanya pakai artcard, fancycard etc.. card jenis ini biasanya murah saja.. range harga dari serendah RM0.30-RM2 (ikut kuantiti).. kebiasaannya card jenis ini menjadi pilihan ramai sbb kadar ongkosnya adalah lebih murah bg yg mahu jimat dan tidak mahu berlebihan bl menempah kad jemputan..

card yg kedua.. adalah jenis hard-cover.. ini adalah card yg memang meletop2 ketika ini.. ramai yg inginkan nya.. tp masalah harga menjadi punca lar plk.. yup.. sebab range harga bermula dr RM2-RM8 for sekeping card hard-cover.. mmg mahal.. tp nampak sgt2 exclusive! hasil dari survey.. pd pendapat syaz.. kalau nk hard-cover cari kt Jakarta/Bandung.. sbb the price is cheaper there.. tp b2b kat luar tu kn pastikan.. bl anda nk tempah kad kahwin kt Jakarta/Bandung sila calculate harga tiket kapal terbang + tax (adakah berbaloi?), yg kedua survey harga kad disana btl2 dan dapatkan nama vendor trus agar memudahkan urusan buat card (supaya cepat & mudah), and lastly buat pada hari pertama anda sampai disana (supaya memberi masa yg kualiti untuk tukang kartu membuat card anda dlm keadaan yg tenang dan yg pasti anda pun tenang..=D) 

{Card Finishing}
card finishing adalah seperti emboss atau hot stamping.. finishing ini lar yg akan menjadikan card kita cantik dgn design2 dr para designer vendor card tersebut.. 

dari apa yg syaz tau.. bl card tersebut mempunyai finishing gaya *emboss*, card tersebut akan jadi sedikit mahal.. nk plk emboss itu penuh satu card.. :)) disini, b2b kn pandai bercakap dgn vendor card masing2.. ada yg ckp dia bg emboss..tp emboss itu x seperti yg kita mintak.. so.. mmg dinasihatkan korang tgk jenis emboss dan design emboss tersebut supaya korang x kuciwa dikemudian hari.. :))

*emboss* source:google

meanwhile, utk *hot-stamping* kebiasannya digunakan pada nama pengantin..hot-stamping ini bagi menaikkan lagi kilauan pada card tersebut.. ianya adalah satu cetakan timbul tp menggunakan warna yg agak shining & metallic.. rite now ramai yg guna teknik ni dlm kad kahwin.. nampak kilau2 seh.. =)

*hot-stamping* source:google

both of card finishing yg dinyatakan seperti diatas blh diletakkan pada dua jenis card (card biasa & hard-cover)

ini ilmu baru yg syaz dpt.. bl nk buat kad ada finishing *emboss*, cust x blh mintak pada kad lipat tiga.. sbb machine emboss x blh terima kad lipat tiga.. hanya kat lipat dua shj yg blh buat emboss.. so pada yg nk finishing *emboss* pada kad kahwin.. kn pilih card lipat dua.. tp kalau nk jgk kad lipat tiga.. mintak vendor tu buat emboss pada poket kad kahwin.. pun chantik jgk.. :)) 

{Proses Cetakan}
proses cetakan bermaksud, cetakan untuk jemputan/walimatul urus anda.. di belah dalam kad..dimana ada letak alamat pengantin, tarikh majlis.. kira jemputan pada tetamu.. yg ini pun ada dua jenis.. cetakan print on card dan cetakan inlay..

cetakan *print on card* blh digunakan untuk mana2 jenis kad (kad biasa,hard-cover, lipat 2 or lipat 3).. vendor nk buat mmg xder hal punya.. cuma antara cust mahu atau tidak sahaja.. ini pun owner kedai tu bgtau syaz.. dia ckp.. bl print on card.. harga kad tersebut sepatutnya adalah rendah.. sbb xbyk melibatkan kos pekerja dan kerja yg tidak remeh.. dimana masuk dlm machine,machine print dan diorg lipat jer kad tersebut.. easy kan? that's why harga kad yg *print on card* adalah way more cheaper than another proses cetakan.. so pada yg nk pilih card *print on card* sila pastikan harga anda itu berbaloi.. sbb kerja vendor card tersebut amatlar mudah.. kalau u'olls rs mahal sgt.. baik cari bg harga yg lagi murah.. hehehe.. 

cetakan *inlay* plk means, jemputan tersebut diprint di atas kertas berasingan dan kemudian ditampal ditengah2 kad jemputan.. *dpt bayangkan x nih? ^_^* untuk cetakan inlay.. harga kad tu jadi mahal skit.. sbb byk kerja or proses nya.. so berbaloi lar agak harganya dgn kerja rumit tersebut.. kalau kita diberi tugasan mahu menampal ribu2 keping kad.. pasti nk termuntah rsnya.. hahahah.. *bercakap dr pengalaman DIY sendiri..nanti reveal kemudian ;p *

so syaz rs cukuplar kot sampai kt sini.. sharing is caring.. setiap b2b mempunyai citarasa, $$$, impian dan angan2 perkahwinan yg berbeza.. kalau diperhatikan byk vendor-vendor kad kahwin yg ada kt Malaysia nie.. jgn kt Malaysia.. kt negara jiran Indonesia pun byk jgk.. yg penting kn pandai pilih vendor, pilihan itu biarlah berbaloi dan mengikut tahap kepuasan masing2.. :) 

to b2b diluar sana yg nk tempah kad kahwin sila pastikan...

satu: pilih vendor yg btl.. rajin2 kan diri tgk forum + risik2 kwn2 yg sudah menempah kad kahwin.. search vendor yg menjadi idaman hati dan pastikan jumlah +ve feedback lebih dari -ve feedback.. *xsemua nya sempurna kan??*

dua: harga kad anda berbaloi dgn design yg anda pilih.. itu sudah pasti.. xdapat hard-cover tp dpt kad yg lebih kurang sama cantik dgn hard-cover pun okeyh jer.. itu dh kira berbaloi2.. ;p

tiga: pastikan vendor anda memberikan free-gift yg setimpal dgn apa yg anda order...*sapa sokong syaz sila kenyit mata sikit pls!* ini penting wahai adik2 n kakak2 chantik manis.. hahahahah.. syaz & mama ku sayang sookkaaa benda2 free gift nie.. so mmg syaz pulun abis lar bab free-gift nie.. sampai mister fiance hanya blh tersenyum shj tatkala syaz meminta free-gift tersebut.. malahan bl syaz ckp nk mintak tukar free-gift dia yg jd risau.. katanya takut itu vendor pikir dh *bg betis nk peha* oowwhh bkn peha dia.. hahahaha.. last2 terima aja betis tersebut..  *bkn jgk betis dia* ehhh? apakah yg aku dh mula merepek nih.. abaikan ehh kwn2..

so far syaz amat2 puas hati ngan our vendor & sgt2 puas hati dgn design kad kahwin kami.. simple ajo pon.. yg penting free-gift yg byk itu! muahahahaha.. nanti syaz reveal siapa our vendor dan our card design... okeyh..

penat dh tulis.. tata titi tutu.. !


nota: teman idokler pandai sgt pun dlm ilmu2 kad ni..sbb xder kedai kad/cetakan sendiri.. haha..
tp rsnya... sharing ilmu is caring sexy kan? muahahahaha.. ;p

truly.madly.deeply,
**syaz love to share.. tp bkn share my mister.. no no no**